Monday, 8 October 2012

kdn


KDN perlu pasukan khas pantau penjara

Cetak
pix_gal0
Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menubuhkan Pasukan Khas untuk mengkaji keseluruhan sistem kawalan keselamatan dan pengurusan banduan di dalam dan luar penjara. 

Ini berikutan kebimbangan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dalam penjara akan menjadi lebih serius sehingga tidak dapat dikawal.
Sehubungan itu, kerajaan disaran bertindak pantas kerana   dadah                                                             s  sudah lama berlarutan tetapi masih gagal ditangani sepenuhnya sehingga sekarang.       

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), kerajaan seharusnya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk mengatasi masalah itu. 

“Pihak berkuasa penjara mengaku dan maklum mengenai kegiatan itu, tetapi masih gagal menanganinya. Ini menunjukkan masalah dadah dalam penjara sudah menjadi serius,” katanya kepada BH. 

Beliau berharap pihak KDN menubuhkan satu pasukan khas untuk meneliti isu ini secara menyeluruh bagi memastikan langkah pencegahannya sampai ke akar umbi, termasuk menutup semua ruang untuk dadah memasuki penjara. 

“Kita tidak mahu takrifan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ terus dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan menjaga pusat koreksional dan pemulihan hanya disebabkan tindakan segelintir anggota dan pegawai yang tidak beretika dan berintegriti,” katanya. 
Beliau mengulas pendedahan BH kelmarin mengenai kegiatan menyeludup dan mengedar dadah serta barang larangan lain yang turut membabitkan warden dan polis. 

Mengikut laporan itu, warden dan polis menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barangan yang dijual di penjara, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu boleh meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan. 

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas banduan dan bekas warden beberapa penjara yang ditemui BH Ahad. 

Kelmarin, polis dan Jabatan Penjara mengaku anggota mereka terbabit dalam kegiatan itu dan kedua-dua pihak sedang menyiasat dalang dalam kegiatan ini.

No comments:

Post a Comment