Banduan Akhir
mungkin ramai yang tak perasan, kalau korang baca akhbar, tengok berita dan baca news portal, korang akan perasan semalam saja ada tiga kes di mahkamah di mana hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh
cuma ada satu kes di mana tertuduh telah dibebaskan kerana ketiadaan saksi penting
itu dalam satu hari, kalau seminggu? kalau sebulan? kalau setahun?
pada yang belum tahu, actually sebelum tertuduh menjalani hukuman gantung, undang-undang kita membenarkan mereka membuat rayuan demi rayuan, kalau semua proses tak lepas juga, mereka akhirnya boleh memohon pengampunan atau ‘pardon’ daripada Sultan atau Yang Dipertuan Agong
kalau daripada Sultan dan Agong pun masih tak lepas, alamatnya tunggu detiklah untuk digantung sampai mati
semasa bertugas sebagai wartawan, tidak kurang daripada 10 kali aku dibenarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk menemubual banduan akhir atau banduan yang menunggu masa untuk menjalani hukuman gantung
kebanyakan banduan yang aku temubual semuanya gagal dalam proses rayuan, maknanya tunggu ajal je
nak temubual banduan akhir ni bukan senang bro, surat menyurat ni jangan ceritalah
lagipun semuanya terpulang pada kerelaan banduan itu sendiri, jabatan penjara tidak boleh paksa kalau banduan itu tidak mahu ditemubual
itu satu hal, bila dah sampai dalam penjara satu hal lagi
ini kerana banduan akhir tidak boleh sewenang-wenang bergerak dalam kawasan penjara, mereka tidak boleh bercampur dengan banduan lain kerana dianggap banduan berisiko tinggi
segala pergerakan mereka selalunya dikawal wadar dari Unit Khas Penjara (UKP)..ala-ala komando penjaralah gitu
dan blok penempatan mereka juga agak jauh, terpencil
dalam tempoh tersebut, aku juga berpeluang masuk ke blok banduan akhir
apa yang boleh aku katakan, blok mereka jauh lebih ‘damai’ daripada blok lain, sel kurungan mereka lebih besar dan lebih bersih
di kalangan banduan biasa, aku difahamkan banduan akhir dianggap ‘banduan istimewa’ kerana wadar penjara ‘pejam sebelah mata’ saja jika banduan ini melakukan kesalahan yang kecil-kecil, mungkin betul la kot sebab nak marah lebih-lebih pun buang air liur je, semuanya dah nak kena gantung!
tetapi yang kesiannya, dah lah nak kena gantung, banduan akhir ni pula tak boleh bercampur gaul dengan banduan biasa yang lain, waktu untuk mereka mengambil angin atau bersantai juga amat terhad, most of the time waktu mereka cuma di bilik kurungan masing-masing
tetapi yang bestnya pula, banduan akhir dikecualikan daripada bekerja, tak payah tanam sayur, tak payah masak, tak payah bertukang, tak payah menjahit, releks je dalam bilik
dan yang tak tahan tu, makanan diaorang pun ada orang hantarkan, macam hotel beb heheheh
berdasarkan perbualan aku dengan wadar-wadar, menjaga banduan akhir ni kekadang memeningkan kepala
ini kerana mereka ini cepat sensitif, benda kecil pun boleh jadi benda besar, so selalu terjadi perbalahan di antara sesama banduan itu sendiri biarpun di atas benda yang remeh-temeh
cuma yang wadar-wadar ni paling risau ialah takut banduan akhir ni bunuh diri, maklumlah ramai yang stress kerana takut berhadapan dengan hukuman yang menanti mereka
so, ada yang ambil nyawa mereka sendiri sebelum diambil oleh orang lain istilahnya
tetapi tidak kurang juga banduan akhir ini menjadi sealim-alim makhluk
aku diberitahu oleh wadar, kebanyakan banduan Islam yang bakal menjalani hukuman gantung, hanya menghabiskan waktu mereka dengan bersolat, berzikir dan membaca Al-Quran
yang ni memang aku akui, kalau korang tengok kebanyakan banduan akhir, korang akan terkejut kerana masing-masing dah macam orang tabligh, janggut dah nak sampai paras dada pun ada, takde langsung muka penjenayah tegar, syukur betul aku dengan perubahan mereka
tetapi dalam banyak-banyak temubual aku dengan banduan akhir ni, ada satu interview yang aku tak mungkin lupa sampai bila-bila
mamat ni kena gantung sebab bunuh seorang tukang emas di Pahang beberapa tahun dulu
katanya;
” Abang, saya bersyukur sangat kerana Allah takdirkan saya menjalani hukuman gantung, sekurang-kurangnya saya dah tahu dan boleh agak bila saya akan masuk kubur, jadi saya dah boleh melakukan ‘persiapan’ awal-awal lagi, tetapi orang di luar sana, contohnya abang sendiri, belum tentu tahu kan?,” katanya. Adooooyyyyyyyyyyyyyy
cukuplah takat ni dulu, nantilah aku cerita lagi, itu pun kalau korang nak bacalahkan, chow!
No comments:
Post a Comment