Monday, 8 October 2012

Banduan ditahan bersama dadah dalam penjara


Banduan ditahan bersama dadah dalam penjara


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Seorang banduan berusia 21 tahun yang dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh di sini atas kesalahan dadah, ditahan kerana memiliki dadah di dalam penjara.
Dia yang berasal dari Pasar Sentul di sini dan menjalani hukuman di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ditahan oleh warden penjara bersama enam bungkusan plastik berisi pil Eramin 5 kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kegiatannya itu terbongkar apabila pegawai penjara berkenaan terserempak dengan banduan terbabit dalam keadaan mencurigakan di dalam tandas semasa membuat rondaan pada pukul 4.10 petang.
"pegawai penjara  terbabit berasa curiga apabila melihat suspek seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu dalam tong sampah dalam tandas berkenaan.
"Apabila membuat pemeriksaan dalam tong sampah tersebut, dia menemui enam bungkusan plastik yang diikat dengan pelekat berwarna hitam mengandungi 180 biji pil Eramin 5 seberat 49.90 gram," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak penjara kemudian menyerahkan suspek kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abdul Rahim berkata, pihaknya sedang menyiasat bagaimana banduan terbabit boleh membawa masuk pil Eramin 5 ke dalam penjara yang mempunyai kawalan ketat.
"Kita akan siasat dari semua sudut termasuk kemungkinan ia ada kaitan dengan orang dalam atau diseludup masuk dengan bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan suspek," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm#ixzz28gyMFFCQ © Utusan Melayu (M) Bhd 


suara dari tirai besi


Suara dari Jeriji Besi


BICARA BAHASA

Mendidik Manusia dengan Kata-kata

Hasrat untuk mengetengahkan tema “Bahasa di Sebalik Jeriji Besi” atau bahasa dari penjara di dalam Dewan Bahasa (DB), Mei 2008, tentunya mengehendaki kami menjejakkan kaki ke institusi kepenjaraan untuk memerhati, meninjau dan menemu bual beberapa orang responden dalam kalangan kakitangan dan penghuni penjara untuk melihat bahasa dan kebahasaan dari aspek psikolinguistik dan sosiolinguistik.

Hasrat tersebut berjaya kami realisasikan melalui kerjasama yang cukup erat yang kami peroleh daripada Jabatan Penjara Malaysia (JPM), khususnya daripada Ketua Unit Urus Setia, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Ibu Pejabat Penjara di Bukit Wira, Kajang, Selangor. Kami amat berterima kasih kepada JPM. Kedatangan Sidang Editor DB bersama-sama Eksekutif Kanan, Unit Majalah, Bahagian Kreatif dan Multimedia, Dawama Sdn. Bhd. dan jurugambar telah disambut baik oleh kakitangan Penjara Kajang.

Gusar yang Berbalik
Pemeriksaan keselamatan yang ketat terhadap kumpulan kami, membuatkan kami sedikit gusar. Kami hanya dibenarkan membawa masuk pen, buku nota, alat perakam suara, dan kamera. Telefon bimbit, dompet dan beg tangan ditinggalkan di dalam lokar khas. Sebaik sahaja melangkah masuk, kami disambut juga oleh beberapa kumpulan penghuni penjara yang sedang duduk atau mencangkung di dalam barisan, menunggu giliran untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kami terpaksa berjalan di tepi barisan kumpulan-kumpulan tersebut untuk menuju ke bilik khas yang disediakan untuk sesi temu bual. Walaupun kami dikawal oleh kakitangan Unit Kas Penjara, kegusaran kami yang sebelumnya hampir hilang, datang semula.

Pagar Bukan Pemisah
Kami telah menemu bual Inspektor Penjara (IP), Mohd. Kolek bin Mohd. Nor dari Unit Berkuda, IP Jamari bin Abu Bakar dari Pejabat Rekod dan Penolong Penguasa Penjara (PPP) Mohd. Zamri bin Ngah dari Unit Urus Setia, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, dan lima orang penghuni penjara yang berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 38 tahun. Temu bual dengan mereka kami siarkan di halaman 57 hingga 65.

Hasil temu bual tersebut, bahasa penjara, khususnya slanga penjara dapat dirumuskan sebagai bahasa emosi dan ekspresi yang unik yang melahirkan subbudaya yang mewakili objek, personaliti, identiti, kod perlakuan, prosedur, dan amalan masyarakat yang berada dalam lingkungan tersebut. Slanga penjara dalam kalangan penghuni penjara berfungsi sebagai bahasa rahsia yang aktif untuk menjaga kepentingan dan jeleketan kumpulan serta dalam kalangan komuniti penghuni penjara. Slanga penjara juga tidak mengabaikan aspek kesantunan bahasa.

Slanga penjara diwarnai dengan kepelbagaian bahasa, khususnya bahasa Melayu di samping dialek tempatan yang secara tidak langsung berupaya menyatukan penghuni penjara yang berbeza latar bahasa, budaya, agama atau fahaman. Pada masa yang sama, slanga penjara berjaya memperkembangkan bahasa Melayu kepada bukan penutur asli bahasa Melayu, dan memperkenalkan bahasa asing kepada penutur asli bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

Manusia dinilai pada keikhlasannya
Pada masa yang sama, JPM berusaha mengikis tanggapan dan stigma masyarakat terhadap imej penjara sebagai pusat pengasingan dan hukuman yang mengerikan. Penjara kini membawa pengertian pusat untuk menerima, mendidik, memulihkan, dan memulangkan penghuninya ke pangkuan masyarakat. Justeru, pelbagai program pemulihan yang berkonsepkan teladan telah diterapkan oleh JPM yang meliputi aspek pembangunan modal insan yang cemerlang dan bitara, dan salah satu unsur yang penting dalam pembangunan modal insan ialah keluhuran dan ketinggian budi bahasa melalui kesantunan berbahasa dan berakhlak mulia. Hal ini telah diperlihatkan kepada kami melalui kakitangan JPM dan sebahagian daripada penghuni penjara yang telah kami temu bual itu.

kdn


KDN perlu pasukan khas pantau penjara

Cetak
pix_gal0
Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menubuhkan Pasukan Khas untuk mengkaji keseluruhan sistem kawalan keselamatan dan pengurusan banduan di dalam dan luar penjara. 

Ini berikutan kebimbangan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dalam penjara akan menjadi lebih serius sehingga tidak dapat dikawal.
Sehubungan itu, kerajaan disaran bertindak pantas kerana   dadah                                                             s  sudah lama berlarutan tetapi masih gagal ditangani sepenuhnya sehingga sekarang.       

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), kerajaan seharusnya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk mengatasi masalah itu. 

“Pihak berkuasa penjara mengaku dan maklum mengenai kegiatan itu, tetapi masih gagal menanganinya. Ini menunjukkan masalah dadah dalam penjara sudah menjadi serius,” katanya kepada BH. 

Beliau berharap pihak KDN menubuhkan satu pasukan khas untuk meneliti isu ini secara menyeluruh bagi memastikan langkah pencegahannya sampai ke akar umbi, termasuk menutup semua ruang untuk dadah memasuki penjara. 

“Kita tidak mahu takrifan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ terus dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan menjaga pusat koreksional dan pemulihan hanya disebabkan tindakan segelintir anggota dan pegawai yang tidak beretika dan berintegriti,” katanya. 
Beliau mengulas pendedahan BH kelmarin mengenai kegiatan menyeludup dan mengedar dadah serta barang larangan lain yang turut membabitkan warden dan polis. 

Mengikut laporan itu, warden dan polis menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barangan yang dijual di penjara, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu boleh meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan. 

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas banduan dan bekas warden beberapa penjara yang ditemui BH Ahad. 

Kelmarin, polis dan Jabatan Penjara mengaku anggota mereka terbabit dalam kegiatan itu dan kedua-dua pihak sedang menyiasat dalang dalam kegiatan ini.

banduan akhir @VVip


Banduan Akhir

pic by manlukeman.wordpress.com
mungkin ramai yang tak perasan, kalau korang baca akhbar, tengok berita dan baca news portal, korang akan perasan semalam saja ada tiga kes di mahkamah di mana hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh
cuma ada satu kes di mana tertuduh telah dibebaskan kerana ketiadaan saksi penting
itu dalam satu hari, kalau seminggu? kalau sebulan? kalau setahun?
pada yang belum tahu, actually sebelum tertuduh menjalani hukuman gantung, undang-undang kita membenarkan mereka membuat rayuan demi rayuan, kalau semua proses tak lepas juga, mereka akhirnya boleh memohon pengampunan atau ‘pardon’ daripada Sultan atau Yang Dipertuan Agong
kalau daripada Sultan dan Agong pun masih tak lepas, alamatnya tunggu detiklah untuk digantung sampai mati
semasa bertugas sebagai wartawan, tidak kurang daripada 10 kali aku dibenarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk menemubual banduan akhir atau banduan yang menunggu masa untuk  menjalani hukuman gantung
kebanyakan banduan yang aku temubual semuanya gagal dalam proses rayuan, maknanya tunggu ajal je
nak temubual banduan akhir ni bukan senang bro, surat menyurat ni jangan ceritalah
lagipun semuanya terpulang pada kerelaan banduan itu sendiri, jabatan penjara tidak boleh paksa kalau banduan itu tidak mahu ditemubual
itu satu hal, bila dah sampai dalam penjara satu hal lagi
ini kerana banduan akhir tidak boleh sewenang-wenang bergerak dalam kawasan penjara, mereka tidak boleh bercampur dengan banduan lain kerana dianggap banduan berisiko tinggi
segala pergerakan mereka selalunya dikawal wadar dari Unit Khas Penjara (UKP)..ala-ala komando penjaralah gitu
dan blok penempatan mereka juga agak jauh, terpencil
dalam tempoh tersebut, aku juga berpeluang masuk ke blok banduan akhir
apa yang boleh aku katakan, blok mereka jauh lebih ‘damai’ daripada blok lain, sel kurungan mereka lebih besar dan lebih bersih
di kalangan banduan biasa, aku difahamkan banduan akhir dianggap ‘banduan istimewa’ kerana wadar penjara ‘pejam sebelah mata’  saja jika banduan ini melakukan kesalahan yang kecil-kecil, mungkin betul la kot sebab nak marah lebih-lebih pun buang air liur je, semuanya dah nak kena gantung!  
tetapi yang kesiannya, dah lah nak kena gantung, banduan akhir ni pula tak boleh bercampur gaul dengan banduan biasa yang lain, waktu untuk mereka mengambil angin atau bersantai juga amat terhad, most of the time waktu mereka cuma di bilik kurungan masing-masing
tetapi yang bestnya pula, banduan akhir dikecualikan daripada bekerja, tak payah tanam sayur, tak payah masak, tak payah bertukang, tak payah menjahit, releks je dalam bilik
dan yang tak tahan tu, makanan diaorang pun ada orang hantarkan, macam hotel beb heheheh
berdasarkan perbualan aku dengan wadar-wadar, menjaga banduan akhir ni kekadang memeningkan kepala
ini kerana mereka ini cepat sensitif, benda kecil pun boleh jadi benda besar, so selalu terjadi perbalahan di antara sesama banduan itu sendiri biarpun di atas benda yang remeh-temeh
cuma yang wadar-wadar ni paling risau ialah takut banduan akhir ni bunuh diri, maklumlah ramai yang stress kerana takut berhadapan dengan hukuman yang menanti mereka
so, ada yang ambil nyawa mereka sendiri sebelum diambil oleh orang lain istilahnya
tetapi tidak kurang juga banduan akhir ini menjadi sealim-alim makhluk
aku diberitahu oleh wadar, kebanyakan banduan Islam yang bakal menjalani hukuman gantung, hanya menghabiskan waktu mereka dengan bersolat, berzikir dan membaca Al-Quran
yang ni memang aku akui, kalau korang tengok kebanyakan banduan akhir, korang akan terkejut kerana masing-masing dah macam orang tabligh, janggut dah nak sampai paras dada pun ada, takde langsung muka penjenayah tegar, syukur betul aku dengan perubahan mereka
tetapi dalam banyak-banyak temubual aku dengan banduan akhir ni, ada satu interview yang aku tak mungkin lupa sampai bila-bila
mamat ni kena gantung sebab bunuh seorang tukang emas di Pahang beberapa tahun dulu
katanya;
” Abang, saya bersyukur sangat kerana Allah takdirkan saya menjalani hukuman gantung, sekurang-kurangnya saya dah tahu dan boleh agak bila saya akan masuk kubur, jadi saya dah boleh melakukan ‘persiapan’ awal-awal lagi, tetapi orang di luar sana, contohnya abang sendiri,  belum tentu tahu kan?,” katanya. Adooooyyyyyyyyyyyyyy
cukuplah takat ni dulu, nantilah aku cerita lagi, itu pun kalau korang nak bacalahkan, chow!

suatu masa dulu kenyataan dan fitnah


TANGKAP ANJING GILA DARI PENJARA?



Saudara Pengarang,
"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussien akan menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat kes seorang remaja dibelasah oleh Pengarah Penjara Keningau, Jaikol Bin Gubal bersama 3 rakannya di sebuah kedai 24 jam di Keningau; tanpa belas kasihan yang disiarkan oleh Sabahkini.net dan YouTube.
Saya ingin bertanya kepada Jaikol macam mana jika anaknya dikeroyok dan dibelasah seperti remaja tersebut? Saya tidak percaya seorang Pengarah Penjara boleh mabuk dan melakukan perkara begini seperti ‘Gengster’.
Kes tersebut telah menjatuhkan imej Penjara Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana Sabahkini.net dan Youtube boleh dilayari di seluruh dunia, hatta di Kutub Utara. Gara-gara seorang pegawai atasan kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah boleh menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 akan datang jika tidak dikawal oleh KDN.
Bukankah yang dibelasah dengan kejam itu berketurunan Cina dan tidak hairan jika BN akan kalah banyak kerusi dominasi Cina di Sabah jika isu ini tidak diselesaikan segera sebagaimana nasib parti SUPP di Sarawak pada pilihanraya 16 April lalu.
Jika seorang Pengarah Penjara dalam keadaan mabuk boleh masuk ke dalam kedai memukul remaja bersama rakannya seperti ‘anjing gila’, seperti yang kita lihat dalam Youtube; bagaimana pula orang tahanan yang ditahan di dalam penjara di bawah jagaan beliau?
Pengarah Penjara Keningau patut dipecat SERTA MERTA selepas siasatan dan rakannya wajib ditangkap segera dan disumbat ke dalam lokap Polis setelah mangsa membuat laporan Polis di Keningau.
Sebagai seorang warga Malaysia dan pembayar cukai, saya tidak percaya bahawa seorang pegawai atasan Kerajaan boleh melakukan keganasan terhadap seorang remaja seperti Gangster atau Anjing Gila.
Saya hairan bagaimana rakyat Sabah boleh halalkan cukai yang dipungut daripada mereka untuk membayar gaji Pegawai Penguatkuasa ‘Anjing Gila’ seperti Pengarah Penjara Keningau yang disiarkan Oleh Youtube?
Sehubungan itu, saya mendesak agar Dato’ Hishamudin meluangkan sedikit masa untuk menonton kes tersebut di Youtube dan mengambil tindakan tanpa kasihan terhadap mereka kerana rakyat anggap kesemua ‘penjenayah kolar putih’ itu adalah ‘Anjing Gila’ yang tidak memakai uniform ketika itu.
Salam Hormat.
JUSTICE OFFICER

sebat rotan


pengalaman sebenar melihat HUKUMAN SEBAT (18SG)

sebat2
Inilah entry pertama yang aku nak kategorikan dia sebagai 18SG
maksudnya SANGAT GANAS, korang bebas untuk tidak membacanya kerana ia memamg ‘menyeramkan’, tapi aku akan cuba sedaya upaya ‘melembutkannya’ sedikit
sepanjang menjadi wartawan jenayah, aku bertuah kerana berjaya mewujudkan hubungan atau PR yang baik dengan ramai pihak. Bukannya aku ni bagus, tetapi dah memang tabiat aku suka berkawan sama ada lawan atau kawan
dalam hal ini, aku cukup baik dan ‘ngam’ dengan Jabatan Penjara terutama dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Osman dan beberapa pegawai kanannya yang lain
tapi itu bukan bermakna aku ambil mudah atau ambil kesempatan dengan hubungan baik yang terbina itu. Tak pernah sekali pun aku berurusan secara terus atau ikut pintu belakang, semuanya aku lakukan melalui prosedur-prosuder yang ditetapkan oleh pihak penjara terutama bila aku hendak menemubual banduan-banduan yang ditahan di sana.
Suatu hari aku tiba-tiba teringin sangat nak tengok hukuman sebat secara LIVE. Bagi aku masyarakat di luar perlu diberitahu mengenai hukuman ini agar mereka tidak tertipu dengan pelbagai cerita-cerita mitos yang tersebar di luar sana.
Dipendekkan cerita, setelah melalui pelbagai urusan dan prosedur, aku dibenarkan untuk berbuat demikian.
Bersama aku seorang wartawan senior dari Sin Chew Daily yang kebetulan hendak menulis rencana berkaitan hukuman yang sama. Dia seorang wanita.
Setelah melalui pemeriksaan badan, kami di bawa ke satu sudut di dalam penjara. Hukuman sebat selalunya dibuat dekat dengan kawasan klinik penjara, ini bagi memudahkan pesalah dirawat sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.
Masuk saja ke kawasan itu, aku melihat lebih kurang 30 orang pesalah yang hanya bercawat putih sedang beratur dalam keadan mencangkung. Cawat itu hanya semata-mata untuk menutup kemaluan masing-masing, bahagian punggung pula terdedah. Kalaulah korang gay, confirm teruja, ahaks!!!
Wartawan perempuan tadi buat-buat ‘tak nampak’ aja keadaan itu, hehehe
Masa tu aku lihat muka semua pesalah yang nak disebat itu pucat lesi, aku rasa kalau A.R Tompel buat lawak pun mati hidup balik diaorang tak gelak. Kalau aku jadi diaorang pun aku takut beb, gila ko.
Dalam kawasan sebat itu dah standby sorang tukang sebat yang makkk ooi, lagi besar body dia daripada aku
then aku lihat ada satu baldi yang mengandungi tak kurang daripada 10 batang rotan yang diameternya sebesar duit syiling 10 sen setiap batang. Kalau ada HIV, rotan tu depa rendam dulu dalam clorox
240px-canes
Aku difahamkan tukang sebat dapat upah dalam RM3 setiap satu sebatan yang dihayunnya. Lumayan sih…
Sebelum hukuman dijalankan, si tukang sebat ni siap buat warm up lagi. Dia juga test power dengan menyebat sebuah tilam kecil kat situ.
sebat11
BEDEBUMMMMMM!!!!
Kau bayangkankan, masa rotan tu singgah kat bantal je bunyinya dah kuat nak mampus!
Memang psiko habis beb, aku lihat muka pesalah-pesalah tu punyalah gabra bila dengar bunyi tu, mungkin dalam hati diaorang berkata.. ” MATILAH AKU!!!’
Dipendekkan cerita lagi, masuklah pesalah pertama. Kesalahan macam biasa, rogol budak bawah umur. Mamat ni katanya ‘projek’ ngan awek dia. Suka sama suka lagi, rupa-rupanya awek ni baru Form 2, apalagi…
Dia pun dibawa masuk dan mengadap pegawa penjara yang mengetuai sesi sebat itu.
Bunyinya macam ni.
Pegawai: Polan bin Polan, awak didapati bersalah kerana merogol dan dijatuhkan hukuman 10 kali sebatan. Hari ini saya diarahkan untuk menjalankan hukuman ke atas awak. Faham atau tidak?
Polan bin Polan: Faham Tuan, terima kasih Tuan
Masa ni aku betul-betul nak tergelak. Aku tahan je. Siap boleh cakap terima kasih lagi, hahahaha (gelak jahat)
Pastu dua orang wadar dari Unit Khas Penjara (unit paling digeruni banduan) ikat si polan ni pada satu kayu berbentuk tripod (tiga segi)
Aku tengok tukang sebat tu dah angkat rotan dia kat atas kepala. Tak sampai 10 saat, dia pun ‘swing’ habis badan dia sebelum merembat buntut pesalah tu sekuat-kuat hati.
ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!
Maka menjeritlah mamat tu sekuat hati sebaik saja sebatan pertama singgah kat buntut dia.
Sampai je sebatan ketiga, kulit buntut dia mula merekah dan berdarah.
Aku betul-betul sedih macam nak nangis lihat penderitaan mamat ni. Kalau ikut hati, aku nak melutut je minta tukang sebat tu stop. Memang seksa aku lihat dia. Meraung-raung panggil nama Allah, panggil nama mak, panggil nama nenek. Semua namalah keluar.
alirfan-128
(Gambar hiasan)
Yang paling sedih, aku lihat kawasan tu basah kerana dia terkencing dek tak tahan menanggung kesakitan.
Lawaknya, reporter Cina tu aku tengok dah takde. Rupanya baru dua sebatan dia dah dah lari keluar sebab ngeri gila tengok hukuman tu.
Sampai saja sebatan ke sembilan aku dah tak dengar suaranya, mungkin nak menjerit pun dah tak mampu. Buntut dia aku tengok bergegar menahan azab. Darah jangan cakaplah. Aku nampak buntut dia tinggal isi yang putih tu je, kulit dah pecah habis.
inilah rupanya selepas habis semua sebatan dilaksanakan...
Selesai aje 10 sebatan, dia diusung terus ke klinik. Dengar kata lepas tu buntut pesalah ni akan disapu iodin, adooooiiiii. Aku juga difahamkan mereka akan diberi dua biji pil pain killer
Kemudian masuk pula pesalah kedua, dia ni pulak kena 20 sebat, pergh! Aku dah tak sanggup, aku terus minta izin untuk keluar dari kawasan itu.
Pegawai penjara tu senyum aje, mungkin dalam hati dia berkata…”Nak tengok sangatkan, padan muka hang”
Terus-terang, dekat seminggu jugaklah aku trauma lepas tu sampai mak aku suruh aku jumpa bomoh. Apa taknya, nak makan terbayang, nak tidur terbayang, asyik terbayang je.
Tapi betul, kalaulah hukuman sebat ni diperluaskan pada mat-mat rempit, aku percaya SELESAI masalah mat rempit ni.
Cuma aku terfikir balik, masalah rogol dan dadah tak selesai-selesai juga biarpun ada hukuman sebat.
Mungkin buntut orang Malaysia semua dah tebal-tebal kot…

banduanita



Didik banduan bak seorang guru



CERITA di sebalik tirai besi sering sahaja memaparkan susur perjalanan penghuninya yang terpaksa meringkuk dalam penjara akibat kesalahan yang dilakukan.
Jarang sekali kita berbicara perihal individu di sebalik tabir kehidupan penjara itu yang terdiri daripada pegawai-pegawai serta kakitangan yang tidak sesekali mengeluh akan tugas mereka menjaga banduan-banduan.
Lebih mengujakan jika pegawai tersebut merupakan golongan wanita yang sememangnya terkenal dengan karakter serta sikap lemah-lembut dalam diri mereka. Bayangkan bagaimana mereka berdepan situasi sulit sepanjang bertugas di penjara.
Bagi Normala Pawan Chik, 54, pengalaman selama 28 tahun sebagai pegawai penjara sememangnya telah mematangkan dirinya dengan selok-belok kehidupan penjara, malah baginya penjara bukanlah tempat yang menakutkan.

WARDEN penjara perlu menggunakan pendekatan yang berhemah dalam mendekati penghuni penjara.


“Banduan-banduan di penjara ini dijaga dengan baik, segala keperluan dan kebajikan mereka kita sediakan secukupnya. Jadi sebenarnya kehidupan mereka tidak banyak beza dengan kehidupan di luar.
“Perbezaannya, mereka dikelilingi tembok tinggi dan pergerakan mereka dikawal, tetapi rata-rata banduan di sini hidup selesa dan tidak banyak menimbulkan masalah,” jelasnya yang bertugas di Penjara Wanita Kajang, Selangor.
Tidak lokek berkongsi cerita, Normala memberitahu, menjaga banduan memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan kerana pendekatan terhadap setiap banduan itu adalah berbeza-beza.
Jika dahulu, banduan yang berkelakuan agresif akan ditenteramkan menggunakan kekerasan tetapi, kini mereka mempraktikkan pendekatan lebih berhemah dengan mendekati banduan tersebut secara baik.
Pernah sekali, ujar Normala, dia hampir diserang dengan batu oleh seorang banduan namun, mujur beberapa banduan lain ternampak perlakuan banduan tersebut dan memberi isyarat kepada Normala.
“Itu merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi, kadang-kadang ada banduan yang tidak suka ditegur dan memilih untuk bertindak kasar. Jadi kita perlu bijak mendekati banduan seperti ini.
“Pergaduhan kecil sesama mereka memang ada tetapi, ia tidak melibatkan fizikal, namun jika situasi itu bertambah tegang, kita akan meleraikan mereka dengan bertindak tegas,” kata Normala yang memikul jawatan sarjan mejar penjara KX22.
Belas kasihan

ILMU agama turut dipupuk dalam diri penghuni penjara.


Setegas mana pun seorang pegawai penjara wanita, pasti terselit naluri belas kasihan dalam diri mereka. Meskipun tugas mereka menuntut diri untuk sentiasa berani dan bersedia dengan cabaran, ada waktunya hati mereka akan tersentuh dengan kisah-kisah banduan itu.
Normala sendiri mengakui, adakalanya dia kasihan dengan wanita-wanita yang terpaksa menerima hukuman penjara walaupun pada dasarnya, mereka tidak bersalah.
Memori paling diingati ialah seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan akibat ditangkap khalwat di sebuah hotel murah di Kuala Lumpur.
Menurut Normala, perempuan tersebut mendakwa dia sebenarnya dalam perjalanan ke sebuah klinik dan singgah di lobi hotel berkenaan untuk ke tandas. Namun, dia tidak menyangka ketika itu terdapat serbuan jabatan agama ke atas hotel berkenaan menyebabkan dirinya turut ditangkap.
Wanita itu mendakwa, perbicaraan tidak berpihak kepadanya kerana ketika itu lobi hotel murah tersebut memang terdapat beberapa pasangan yang berkhalwat sekali gus menyabitkan dirinya juga.
“Walaupun tempoh penjaranya hanya tiga bulan, ia tetap meninggalkan kesan seumur hidup terhadapnya. Sekali anda masuk ke penjara, rekod diri anda tidak lagi bersih seperti asal.
“Tetapi sebagai pegawai penjara, tiada apa yang dapat kami lakukan selain memberi mereka semangat serta nasihat untuk meneruskan hidup,” luah Normala yang berasal dari Pulau Pinang.
Penolong Penguasa Penjara Wanita Kajang, Salmah Hashim, 30, menyifatkan pegawai penjara ibarat guru di sekolah yang ditugaskan mendidik serta membentuk banduan-banduan menjadi insan yang lebih baik.
Cabaran buat mereka lebih hebat apabila penjara itu kini didominasi warga asing mewujudkan kekangan bahasa dalam kalangan mereka.
Disebabkan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu mahu pun Inggeris, banduan-banduan yang terdiri daripada warga Iran, Afrika, dan lain-lain itu menyukarkan komunikasi dan memaksa bahasa isyarat untuk digunakan.

BANDUAN diajar dengan pelbagai ilmu kemahiran sebagai bekalan saat keluar dari penjara.


“Itu antara dugaan yang kita hadapi, tapi suka atau tidak kena hadapi juga dan lama-kelamaan ia akan menjadi mudah.
“Bukan itu sahaja, banduan-banduan hari ini tidak sama macam dulu, sekarang mereka yang menjalani hukuman penjara mempunyai latar belakang pendidikan.
“Ada di antara mereka sememangnya cerdik dan hal itu membuatkan kita sebagai pegawai perlu berfikir dan bertindak lebih bijak daripada mereka agar mereka mudah menghormati kita,” tutur Salmah yang telah enam tahun berkhidmat di penjara itu.
Menguruskan banduan-banduan akhir (banduan yang dijatuhkan hukuman gantung) merupakan antara tugasan getir buat Salmah kerana kelakuan banduan itu di penjara turut menjadi penentu nasibnya sama ada bebas hukuman gantung ataupun tidak.
Kes Mona Fandey

KIRI: Warden penjara perlu memastikan keamanan dan keselesaan di penjara.


Namun ujar Salmah, kali terakhir banduan wanita menjalani hukuman gantung adalah pada tahun 2001 melibatkan kes berprofil tinggi, Mona Fandey. Selepas itu kesemua banduan wanita yang dijatuhi hukuman gantung mendapat kebebasan daripada hukuman itu.
Berbalik kepada Normala, Mona Fandey merupakan antara banduan yang pernah menjadi tanggungjawabnya dan beberapa pegawai penjara wanita yang lain ketika itu.
Kecoh pada detik itu mengatakan bahawa Mona Fandey diletakkan dalam sel khas buat dirinya sahaja kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam di penjara itu.
“Dia sama sahaja seperti banduan lain, tiada keistimewaan diberikan. Dia diletakkan dalam sel banduan akhir di mana setiap sel hanya seorang sahaja akan menjadi penghuni sel tersebut.
“Cuma ketika itu, aktiviti riadah baginya yang dijalankan setiap petang tidak akan dijalankan bersama banduan lain berikutan statusnya sebagai banduan akhir.
“Pada saya, sejauh mana pun kebenaran ilmu yang diperkatakan orang tentang Mona, dia tidak pernah sekali pun terlepas dari penjara seperti dakwaan beberapa pihak dahulu,” singkap Normala tanpa selindung.
Menyentuh perihal banduan berbadan dua dan terpaksa mendiami penjara bersama anak yang baru dilahirkan mungkin kedengaran tragis namun, sebenarnya mereka dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
Seorang lagi pegawai penjara, Rohanizan Yusop, 28, memberitahu anak kepada banduan tersebut dibenarkan untuk tinggal bersama ibunya di dalam penjara sehingga usianya mencecah tiga tahun.
Tambah Rohanizan, selepas tempoh tersebut, anak kepada banduan itu akan diberi kepada waris banduan dan sekiranya tiada yang tampil menuntut, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Hampir kesemua anak-anak banduan yang tinggal di sini tidak banyak kerenah, mereka mudah mendengar kata dan kita juga seronok bergurau dengan mereka.
“Memang tidak dinafikan, momen perpisahan itu sedikit merentap emosi tetapi, mahu atau tidak ia terpaksa dilaksanakan atas faktor tanggungjawab,” kata Rohanizan.

kemudahan yang terhad


KAJANG: Semua 33 penjara dan dan 13 pusat pemulihan di seluruh negara tidak mempunyai mesin pengimbas badan untuk mengesan penyeludupan barang larangan. Selain itu, hanya 17 penjara dilengkapi sistem keselamatan elektronik bersepadu (SKEB), termasuk kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mengaku ketiadaan kelengkapan itu menyukarkan Jabatan Penjara membuat pemantauan dan pengawasan lebih berkesan bagi membanteras penyeludupan barang larangan, termasuk dadah.
Penyeludupan gagal dibanteras kerana kita tidak mampu menapis setiap perbualan banduan ketika membuat panggilan melalui wartel.kita juga berdepan dengan masalah dalam menjalankan tugas ketika mengiring banduan samada untuk mendapatkan rawatan ,perbicaraan.Tujuan sebenar wartel bagi menggantikan surat bagi yang berkemampuan bagi memberi keinsafan kepada mereka dengan perbualan tersebut dapat memulihkan mereka dari segi emosi dan sebagainya.
CONTOH mesin pengimbas badan. - Gambar
“Ia satu keperluan yang mendesak untuk jabatan menambah baik langkah menangani masalah penyeludupan barang larangan,” katanya kepada BH semalam.
Beliau ditemui selepas mesyuarat khas Jabatan Penjara berikutan pendedahan akhbar ini Ahad lalu mengenai penyeludupan dadah serta barang larangan lain yang membabitkan banduan, pegawai penjara dan polis. Selain kegunaan sendiri, dadah yang diseludup dijual di kalangan banduan.

pegawai penjara dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barangan yang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu boleh meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya sudah mengemukakan belanjawan pembelian kelengkapan teknologi, terutama mesin pengimbas yang setiap satu bernilai lebih RM1 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.kekurangan anggota menjadi punca pencegahan gagal disekat seperti contohnya di penjara besar seperti penjara kajang sungai buloh,penjara kajang,penjara tapah dan pokok sena .unit khas penjara perlu ramai untuk mencegah berlakunya rusuhan dan disamping mengawal keselamatan penjara.
“SKEB dan mesin pengimbas membantu langkah pencegahan, pemantauan dan kawalan lebih menyeluruh di penjara. Setiap penjara memerlukan satu hingga dua mesin pengimbas bagi meningkatkan kecekapan.
“Kita juga mencadangkan lebih banyak CCTV dipasang di lokasi berisiko, terutama bilik kuarantin, sel berisiko dan pintu masuk penjara,” katanya.
Mengenai mesyuarat semalam, Zulkifli berkata, ia bagi membincangkan langkah penambahbaikan memperkukuh pencegahan dan pemantauan di semua penjara.

Sunday, 7 October 2012

banduan ,pegawai penjara,polis bersubahat


Bukit Aman, Penjara mengaku

 Oleh Norfatimah Ahmad, Nazura Ngah dan Wan Faizal IsmayatimCetak
Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit AmanNoor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman
» Banduan, warden, polis terbabit edar dadah dikesan
KUALA LUMPUR: Polis dan Jabatan Penjara mengakui polis serta warden terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di penjara.
                                                                                           Sehubungan itu kedua-dua pihak sedang menyiasat untuk mengesan dalang kegiatan itu bagi memastikan tembok penjara kebal daripada cubaan penyeludupan dan pengedaran barangan terlarang. 

“Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu” - Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata bagi tujuan itu polis dan Jabatan Penjara akan merangka mekanisme khusus termasuk meningkatkan pemantauan dan risikan.

Beliau memberi amaran mereka yang disyaki mengedar dadah akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada polis atau pegawai penjara dalang kegiatan itu.

Biasanya transaksi berlaku di luar seperti ketika perbicaraan atau ketika ahli keluarga melawat banduan. 
“Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu,” katanya kepada BH semalam,

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini mengenai penyeludupan dan pengedaran dadah serta barang larangan lain dalam penjara dengan bantuan warden dan polis yang diberi upah.

Warden dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu pula mampu meraih sehingga RM20,000 sebulan.

Dijual lebih mahal

Dadah dijual 10 kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran dan diseludup menggunakan pelbagai cara termasuk dimampatkan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dubur ketika banduan dibawa polis ke lokap mahkamah atau balai transit. 

Warden pula didakwa menyeludup dadah menggunakan dompet, topi, pakaian dan plastik nipis yang dilekatkan pada badan sebelum diserahkan kepada banduan.

Sementara itu, Ketua Unit Sekretariat Jabatan Penjara, Supri Hashim mengakui ada pegawai penjara dikesan terbabit dalam kegiatan itu sudah dibuang kerja, ditahan dan dihukum penjara.

“Tindakan terhadap banduan terbabit kesalahan tatatertib kerana menyimpan atau menyalahguna dadah pula dikenakan hukuman termasuk sebatan rotan,” katanya dalam satu kenyataan.


















PADANG TERAP 22 Julai - Bekas banduan yang paling lama dipenjara di negara ini, Jamil Ahmad, 62, menasihatkan lapan banduan yang dibebaskan selepas mendapat keampunan supaya melibatkan diri dalam program motivasi untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat.
Jamil yang dibebaskan setelah mendapat keampunan pada 2006 turut berkata, bekas-bekas banduan itu boleh memberi ceramah supaya masyarakat dapat mengambil iktibar untuk menjauhi setiap perlakuan jenayah.
"Kalau boleh, mereka (bekas banduan) sertailah program motivasi untuk kongsi pengalaman tentang kepahitan hidup dalam penjara kepada orang ramai terutama generasi muda bagi menyekat terjadinya gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belimbing Kuala Nerang di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Penjara mencatatkan sejarah apabila lapan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan gantung sampai mati di empat penjara di negara ini, dibebaskan serentak.
Pembebasan mereka dijalankan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjelang hari pertama Ramadan.
Jamil berkata, dia juga menasihatkan lapan banduan tersebut agar benar-benar insaf, bertaubat dan jangan sesekali terfikir untuk mengulangi kesilapan lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia yakin kesemua bekas banduan itu khususnya mereka yang menjalani hukuman penjara untuk tempoh yang panjang telah insaf daripada perbuatan lampau.
Jamil berkata, dia sendiri hingga hari ini sering dipanggil dan tidak pernah menolak untuk memberi ceramah motivasi pengalaman di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Menurutnya, dia berasa bertanggungjawab untuk memenuhi jemputan tersebut sebagai sumbangannya membantu pihak berkuasa dan masyarakat membendung jenayah dan menyekat orang ramai daripada terlibat dalam jenayah seperti yang pernah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu.
"Saya tidak pernah berasa malu sebaliknya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan kepahitan hidup di dalam penjara kepada orang ramai terutama golongan muda," katanya.
Katanya, sejak dibebaskan dari penjara Sungai Buluh pada 3 Oktober 2006, Jamil telah mendapat lebih 300 jemputan untuk memberikan ceramah motivasi kepada orang ramai terutama pelajar sekolah.
"Saya pernah ke UiTM (Universiti Teknologi Mara) Segamat dan banyak sekolah di Kedah, Perlis dan Selangor untuk beri ceramah motivasi," ujarnya.
Tambah Jamil, dia ikhlas berbuat demikian bagi menunjukkan dia benar-benar insaf dan bertaubat atas segala kesilapannya lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120723/dn_13/Bekas-banduan-wajar-berceramah#ixzz28ggcyBgt
© Utusan Melayu (M) Bhd